Kebanyakan penganalisa ekonomi meramalkan, pada tahun 2012 banyak syarikat-syarikat besar akan merasai kesan kegawatan ekonomi dunia akan menjadi lebih perlahan berbanding tahun sebelumnya.
Ia dimulakan dengan berita pengumuman penutupan bahagian kamera jenama Kodak sehingga terpaksa memfailkan perlindungan bankrup.
Pengumuman ini mengejutkan pemain-pemain industri korporat dunia terutama di Amerika Syarikat. Ini kerana syarikat Eastman Kodak Co. (Kodak) mempunyai reputasi sebagai salah satu syarikat global yang paling berinovasi.
Semenjak diasaskan 131 tahun yang lalu oleh George Eatsman, Kodak merupakan perintis dan pencetus kepada idea dan inovasi baru dalam industri fotografi.
5 Inovasi Kodak Sebelum Bungkus Tikar
Mula memperkenalkan kameranya pada tahun 1888 dengan slogan 'You press the button, we do the rest', Kodak berterusan menghasilkan pelbagai inovasi baru yang menjadi standard baru dalam industrinya antaranya seperti berikut:
Terdapat dua faktor yang dikenalpasti oleh penganalisa industri menyumbang ke arah kegagalan Kodak yang boleh dijadikan panduan bagi mereka yang mempunyai perniagaan sendiri:
Tidak Berani Berubah
Penganalisa industri bersependapat ini adalah faktor utama kegagalan Kodak.
Walaupun Kodak merupakan syarikat pertama yang menghasilkan teknologi kamera digital, namun ia tidak menggunakan kelebihan tersebut untuk menguatkan lagi cengkaman pasarannya yang pada ketika itu menguasai 85% peratus pasaran kamera di Amerika Syarikat.
Malah, jurutera Kodak yang menghasilkan teknologi tersebut pada tahun 1975, Steve Sasson, menggambarkan reaksi dingin pengurusan tertinggi Kodak terhadap inovasi tersebut seperti berikut :
'But it was filmless photography, so management's reaction was this, "that's cute but don't tell anyone about it."
Sedangkan, ironinya, melalui kajian pasaran yang dijalankan Kodak sendiri pada tahun 1981, mereka menganggarkan era kamera digital bakal menggantikan era kamera berasaskan filem dalam tempoh sepuluh tahun lagi.
Pada masa yang sama, pesaingnya seperti Sony dan Canon melihat peluang tersebut dan membuat tepat dengan membuat pelaburan besar dalam pengeluaran kamera digital.
Menurut pakar pemasaran di Amerika Syarikat, Avi Dan, sebab utama pengurusan Kodak mengabaikan teknologi kamera digital adalah kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan jualan gulungan filemnya, dan kertas gambar Kodak yang merupakan penyumbang utama kepada pendapatan Kodak.
Pengurusan Kodak sedar sekiranya ia beralih kepada kamera digital sebagai produk utama, ini bermakna bahagian pengeluaran gulungan filem dan kertas gambar Kodak akan ditutup sepenuhnya kelak.

- Menghasilkan gulungan filem penggambaran yang mampu merakam filem dengan suara (1929).
- Memperkenalkan filem Kodachrome yang mampu merakam gambar berwarna (1935).
- Memperkenalkan kamera 'instamatic' iaitu kamera pertama yang mudah digunakan oleh orang biasa malah oleh kanak-kanak dengan kaedah 'point and shoot' (1963).
- Menghasilkan kamera digital (1975).
- Melancarkan laman web yang membolehkan pengguna memuat naik gambar dan berkongsinya dengan pengguna lain (1997).
- Malah ramai yang tidak menyedari kamera dan filem Kodak digunakan untuk mengambil gambar pertama di bulan pada tahun 1969.
Terdapat dua faktor yang dikenalpasti oleh penganalisa industri menyumbang ke arah kegagalan Kodak yang boleh dijadikan panduan bagi mereka yang mempunyai perniagaan sendiri:
Tidak Berani Berubah
Penganalisa industri bersependapat ini adalah faktor utama kegagalan Kodak.
Walaupun Kodak merupakan syarikat pertama yang menghasilkan teknologi kamera digital, namun ia tidak menggunakan kelebihan tersebut untuk menguatkan lagi cengkaman pasarannya yang pada ketika itu menguasai 85% peratus pasaran kamera di Amerika Syarikat.
Malah, jurutera Kodak yang menghasilkan teknologi tersebut pada tahun 1975, Steve Sasson, menggambarkan reaksi dingin pengurusan tertinggi Kodak terhadap inovasi tersebut seperti berikut :
'But it was filmless photography, so management's reaction was this, "that's cute but don't tell anyone about it."
Sedangkan, ironinya, melalui kajian pasaran yang dijalankan Kodak sendiri pada tahun 1981, mereka menganggarkan era kamera digital bakal menggantikan era kamera berasaskan filem dalam tempoh sepuluh tahun lagi.
Pada masa yang sama, pesaingnya seperti Sony dan Canon melihat peluang tersebut dan membuat tepat dengan membuat pelaburan besar dalam pengeluaran kamera digital.
Menurut pakar pemasaran di Amerika Syarikat, Avi Dan, sebab utama pengurusan Kodak mengabaikan teknologi kamera digital adalah kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan jualan gulungan filemnya, dan kertas gambar Kodak yang merupakan penyumbang utama kepada pendapatan Kodak.
Pengurusan Kodak sedar sekiranya ia beralih kepada kamera digital sebagai produk utama, ini bermakna bahagian pengeluaran gulungan filem dan kertas gambar Kodak akan ditutup sepenuhnya kelak.
Maaf, saya kurang setuju. Kejayaan bukan bererti kekal selama2 nya. Bagi saya kodak satu kejayaan yg besar kerana dapat bertahan begitu lama. Setiap founder ada prinsip masing2 bukan hanya mengejar wang dan kejayaan.
ReplyDelete