Iklan insurans yang ditampal pada bahagian belakang kerusi penumpang itu tertulis:
“You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses”
(Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).
Kritikan terhadap iklan ini bukan sahaja dibuat melalui akaun
Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony
Fernandes malah Persatuan Kesihatan Malaysia (MMA) turut mendesak
permohonan maaf daripada syarikat penerbangan ini kerana memberikan imej
negatif terhadap profesion jururawat di negara ini.
Bagaimanapun hari ini, respon Tony pasti sedikit sebanyak mengubati hati jururawat yang telah terluka.
Menurut Tony, beliau secara peribadi
turut berpendapat itu adalah iklan yang bodoh dan sudah mengarahkan
Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar supaya memastikan ia
dihentikan serta merta sambil mengambil langkah perlu bagi memastikan
insiden sama tidak berulang.
Tony turut memberi jaminan, beliau sendiri akan bercakap tentang hal ini dengan Tune Insurance Holdings.
Difahamkan, insiden berlaku disebabkan ada proses yang tidak dipatuhi.
Sementara itu menurut jurucakap Air Asia, sepucuk surat memohon maaf
sudah diutus kepada Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) bagi menyatakan
kekesalan Air Asia dan Tune Insurance di atas insiden yang tidak
disengajakan ini.
Mengulas lanjut motif sebenar di sebalik iklan yang mencetuskan kontroversi
itu, jurucakap Air Asia menyatakan ia sebenarnya cuba menggalakkan
setiap oran agar menemani anggota keluarga yang sakit. –
REM RAMZI
Sumber: YAHOO NEWS
No comments:
Post a Comment