UtusanDaily

Wednesday 13 November 2013

Isu Datuk CT dengan KJ berkenaan "TEGUR FAM"

PENJELASAN DATUK SITI NURHALIZA ISU ‘TEGUR’ KHAIRY JAMALUDDIN

datuk siti nurhaliza kritik khairy jamaluddin

Semalam, Datuk Siti Nurhaliza menerusi laman Twitter miliknya, @CTNurhaliza11 mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan berkata: “Sebagai menteri muda & being look up (menjadi perhatian), rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu **a*** dengan yang lebih tua.”

Tindakan Datuk Siti telah mengundang pelbagai persepsi peminat dan pihak media. Ada yang menyokong dan ada yang mengkritik tindakannya pula. Ada juga peminat yang menasihatkan Datuk Siti agar tidak mencampuri urusan menteri berkenaan. Selain itu, peminat yang menyokong Khairy turut mempersendakan tindakan Siti kerana mereka menggangap Siti tidak mengetahui perkembangan semasa atau permasalahan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun menerusi laporan Kosmo!, Datuk Siti tampil menjelaskan tujuan dia bersuara. Jelasnya, dia terpanggil untuk membuat teguran itu setelah membaca laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir supaya tidak campur tangan dalam kemelut menteri itu dengan FAM. Penyanyi itu bagaimanapun, menyatakan tegurannya menerusi Twitter terhadap Khairy Jamaluddin itu adalah sekadar teguran ikhlas.

“Teguran saya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada kepentingan apa-apa. Apabila saya membaca kenyataan beliau dalam akhbar, sebagai orang biasa, saya terpanggil untuk membuat teguran. Kalau boleh, saya enggan perkara ini menjadi kontroversi disebabkan saya ini seorang artis. Saya meletakkan diri sama seperti rakyat biasa dan percaya mesti ada orang lain yang turut memberi teguran sama,” jelasnya dalam laporan tersebut.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin enggan mengulas mengenai isu tersebut.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive