UtusanDaily

Sunday 17 April 2016

Najib kena letak jawatan PM sebab ‘bodoh’: Tun Dr Mahathir

01-tun8
BANGI, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perdana Menteri yang menandatangani apa-apa dokumen tanpa membacanya terlebih dahulu perlu meletak jawatan kerana ‘bodoh’.

Beliau berkata, laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung syarikat pelaburan negara bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menunjukkan banyak urusan penting dan transaksi yang salah diluluskan semata-mata atas nasihat Datuk Seri Najib Razak sebagai Penasihat 1MDB, tanpa pengetahuan lembaga pengarah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini berdasarkan kepada Artikel 117 memorandum dan artikel penubuhan syarikat memerlukan pengesahan bertulis yang jelas daripada Perdana Menteri bagi setiap transaksi besar yang dibuat oleh 1MDB.

“Bagaimana kita mengesahkan dokumen? Dengan menandatanganinya. Apabila kita menandatangani dokumen, maka kita mengesahkannya.

“Tetapi peguam Najib kata, itu tak bermakna Perdana Menteri mengesahkannya. Dia hanya menandatanganinya. Dia tidak tahun langsung kandungan di dalam dokumen itu, yang bermakna dia menutup mata dan menandatanganinya.

“Bagaimana seorang yang bertindak begini boleh menjadi Perdana Menteri. Saya ingin meminta Najib, berasaskan kebodohan menandatangani dokumen tanpa membaca terlebih dahulu, untuk meletak jawatan sekarang,” katanya pada forum laporan PAC mengenai 1MDB malam semalam.

Sebelum ini, Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dipetik sebagai berkata bahawa tandatangan Najib pada dokumen 1MDB adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya.

Katanya, majlis menandatangani dokumen tidak semesinya bermaksud Perdana Menteri mempunyai pengetahuan mengenainya atau membuat keputusan mengenai perkara berkaitan 1MDB.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive