UtusanDaily

Friday, 18 September 2015

Jerebu : Rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura kongsi masalah sama setiap tahun

KUALA LUMPUR: Negara-negara di Asia Tenggara berdepan dengan masalah jerebu sejak beberapa tahun ini berikutan aktiviti penebangan serta pembakaran terbuka hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.


Malangnya sehingga kini, tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab masih belum dikenakan.

Berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi oleh kawasan-kawasan yang terjejas sejak seminggu lalu;

Malaysia: Sekolah dibuka semula hari ini

Jabatan Pendidikan Sarawak pagi ini mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri paras tidak sihat.

Pada jam 12 petang, Kuching (198), Samarahan (210) dengan bacaan IPU tertinggi; 12 kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat.

Ahli parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming turut mencadangkan agar Malaysia perlu memperkenalkan akta jerebu seperti negara Singapura iaitu Singapore's Transboundary Haze Pollution Act bagi mengenakan hukuman terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sejak beberapa hari lepas, beberapa penerbangan telah ditangguhkan berikutan cuaca yang buruk. Hari ini, dua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAB Kuching) dibatalkan akibat jerebu yang teruk.


Di Semenanjung, kualiti udara bertambah baik, namun beberapa kawasan mencatat bacaan yang tidak sihat setakat jam 12 petang ini.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah ditutup di Kuala Lumpur, tiga negeri bersebelahan dan pusat pentadbiran Putrajaya.


Semua sekolah di seluruh negara dibuka semula pada hari ini (Khamis) berikutan situasi jerebu yang semakin pulih.

Di media sosial, pengguna turut meluahkan kekecewaan rakyat Malaysia apabila sekali lagi terpaksa berhadapan dengan situasi jerebu yang teruk menerusi hashtag #TerimaKasihIndonesia.

Singapura: acara Grand Prix tidak akan dibatalkan

Kualiti udara di Singapura kekal tidak sihat pada jam 12 petang ini dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 127 ( Barat Singapura), 102 (Timur Singapura) dan 109 (Utara Singapura).

Netizen menggunakan media sosial untuk melahirkan rasa kecewa terhadap isu jerebu yang dihadapi setiap tahun.

Mereka menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu jerebu yang tidak ada kesudahan.

Aktiviti-aktiviti luar seperti acara marathon turut terjejas.

Acara marathon "Race against Cancer," anjuran SingTel telah dibatalkan pada Ahad lepas.


Indonesia: Tujuh orang ditahan

Menurut laporan, kerajaan Indonesia mengisytiharkan darurat di dua wilayah dan telah meminta bantuan tentera untuk mengawal kebakaran hutan yang terlibat.

Pada 15 September, Indonesia mengisytiharkan Riau sebagai kawasan darurat setelah keadaan jerebu di wilayah tersebut dilapor berada pada tahap sangat berbahaya dengan Indeks Pencemaran Udara di Riau melebihi bacaan 900.

Netizen mezahirkan kebimbangan mereka di media sosial melalui hashtag #prayforRiau, #Melawanasap berikutan kualiti udara yang semakin merosot sejak beberapa hari lalu.


Polis Indonesia hari ini menahan tujuh individu dari syarikat-syarikat yang didakwa ada kaitan dengan pembakaran haram hutan di Republik itu dan mengakibatkan asap tebal menyelaputi negara-negara di Asia Tenggara.


Pada 2 petang hari ini, indeks bacaan IPU di Pontianak, Indonesia mencatat 890, manakala bandar-bandar lain seperti Palembang dan Jakarta rekod bacaan purata, kurang dari 80.

Bacaan IPU terkini;

fb

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive