Pembangkang perlu mencari jalan bagi menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi pada masa sama mengekalkan pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu yakin ada di antara ahli Parlimen tidak percaya penjelasan tentang wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib namun mereka tidak akan menyokong undi tak percaya jika ia menyebabkan kerajaan BN tumbang.
"Ia bukan sesuatu yang akan dilakukan ahli Parlimen BN. Mereka tidak mahu memainkan peranan dalam menumbangkan kerajaan BN.
"Jika pembangkang bersungguh mahu menyingkirkan Najib, mereka hanya dapat berbuat demikian jika Najib ditolak tetapi kerajaan BN kekal, dipimpin pemimpin lain," tulis Dr Mahathir dalam artikel di blognya bertajuk "Upside Down Law". – 20 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-nasihat-pembangkang-ikhtiar-singkir-najib-tapi-kekalkan-bn#sthash.U3USW1lI.dpuf
No comments:
Post a Comment