PETALING JAYA: Seoran muazin atau tukang azan di Mesir digantung
tugas selepas bertindak sengaja mengubah suai laungan azan subuh.
Tindakan diambil ke atas ulamak Mahmoud al-Moghazi selepas dia
menggantikan seruan azan “solat lebih baik daripada tidur” kepada “solat
lebih baik daripada menghabiskan masa dengan Facebook”.
Menurut laporan BBC, jemaah di bandar Kafr al-Dawar yang marah dengan perbuatannya kemudian melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Ekoran itu, dia digantung tugas sementara siasatan dilakukan.
Dia bagaimanapun mengancam akan melakukan mogok lapar dan merayu
Presiden Abdel Fattah al Sisi menarik balik keputusan yang dibuat ke
atasnya
Dalam sebuah rancangan televisyen pada Ahad, salah seorang jemaah
menuduh al Moghozi sebagai mengamalkan ajaran yang menyeleweng.
No comments:
Post a Comment