Wartawan Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Pendekar Negara yang juga Pengasas Pertubuhan Seni Silat
Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di
Hospital Tawakal, di sini, jam 3.20 pagi tadi.
Jenazah akan dibawa ke Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), Taman Sunway, Batu Caves, Gombak, lapor sebuah portal.
Omardin dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia
pada Julai 2011. Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak pada majlis perhimpunan PSSLM sempena 50 tahun pertubuhan
itu.
Anugerah khas itu diwujudkan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan sebagai pengiktirafan tertinggi negara kepada bidang
seni mempertahankan diri.
Omar Din dalam kenangan :
No comments:
Post a Comment