Peniaga warga Bangladesh juga mengusahakan premis gerai makanan dalam pasar berkenaan.
Pelanggan pasar juga kebanyakannya terdiri daripada warga asing.
Pasar basah Taman Seri Muda yang hampir 100 peratus dikuasai peniaga warga asing.
SHAH ALAM – Berkunjung ke dua buah pasar di Taman Seri Muda, Seksyen 25
boleh membuatkan pelanggan keliru memandangkan suasana dan
persekitarannya tidak ubah seperti berada di Dhaka, ibu negara
Bangladesh.
Tinjauan Sinar Harian di pasar basah dan pasar terbuka Taman Seri Muda
sangat mengejut kerana hampir 99 peratus peniaga di situ adalah warga
asing, terutamanya dari Bangladesh.
Bukan setakat peniaga, malah pengunjung juga terdiri daripada orang luar.
Kebanyakannya membuka perniagaan menjual ayam, sayur malah turut mengusahakan premis gerai makanan juga pakaian.
Ternyata suasana ini menyebabkan peniaga dan pelanggan tempatan berasa tidak selesa.
Lesen disewa kepada warga asing
Seorang peniaga tempatan yang mengusahakan perniagaan santan dan cili
boh, Rosman Ibrahim, 47, berkata, kebanjiran peniaga warga asing ini
berleluasa sejak enam tahun kebelakangan ini.
“Dah 18 tahun saya berniaga di pasar basah ini, keadaan sekarang tidak sama seperti dahulu.
“Kebanyakan pemilik gerai lebih gemar memajak atau menyewakan lesen
perniagaan mereka kepada warga asing untuk diusahakan,” katanya.
Menurut Rosman, warga tempatan bertindak mengalibabakan lesen
perniagaan kepada warga asing membuatkan suasana di pasar ini berubah
wajah 100 peratus.
“Boleh dikatakan 99 peratus peniaga di sini warga asing manakala secara
keseluruhannya cuma 20 peratus pemilik lesen berniaga, namun mereka
masih menggaji warga asing sebagai pembantu.
“Pelanggan sering merungut, malah ada juga yang menyampah dengan
situasi ini lantas memilih untuk berpindah keluar dari kawasan Seri
Muda,” katanya.
Menurutnya, setiap kali Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan
serbuan dan ‘spot check’, pemilik lesen iaitu warga tempatan pasti akan
mendapat maklumat awal, jadi mereka bergegas datang ke pasar dan
berlagak seperti peniaga biasa.
Manakala seorang penjual buah, Eddy Mohd Nor, 30, berkata, peniaga
warga asing ini turut menggugat perniagaan orang tempatan kerana mereka
menjual dengan harga rendah.
“Tindakan pemilik lesen ali baba ini merencatkan periuk nasi peniaga tempatan,” katanya.
Sementara itu, sorang penduduk, Ridzal Hashim, 36, turut merungut
kerana dakwanya, dia pernah memohon lesen untuk menjalankan perniagaan
di situ, namun ditolak MBSA sedangkan peniaga warga asing bebas
berniaga.
MBSA akan tarik balik lesen
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA,
Shahrin Ahmad berkata, MBSA tegas akan menarik balik lesen perniagaan
dan menyenaraihitamkan peniaga yang memberikan pihak ketiga untuk
menguruskan lot tapak mereka.
“Lesen yang dikeluarkan tidak boleh diberikan atau diserahkan kepada
pihak ketiga termasuk warga asing untuk menguruskan lot mereka.
“Perkara ini akan dipantau oleh Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan
MBSA, malah kami turut mengingatkan peniaga supaya tidak menyerahkan
urusan perniagaan mereka kepada lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment