UtusanDaily

Thursday 14 May 2015

Anak Kurang Ajar Tendang Ibu Dalam Program TV

LUBNAN – Anak kurang ajar. Sanggup menendang ibu sendiri di hadapan penonton yang menyaksikan program yang disiarkan sebuah stesen televisyen yang bermatlamat menyatukan kedua-dua beranak itu.

Kejadian mengejutkan itu berlaku apabila Ahmed, 15, ditemukan dengan ibunya yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa, dalam program Bil Akeed.

Ahmed sebelum ini enggan bertemu dengan ibunya, yang telah bercerai dengan bapanya.

Ketika pengacara cuba mencari jawapan kepada perpisahan berkenaan, wanita itu memberitahu bahawa dia bercerai dengan suaminya kerana lelaki itu kaki pukul.

“Malah dalam mahkamah juga dia menyerang saya, di hadapan hakim,’’ kata wanita tersebut.

Ahmed kemudiannya mula marah dan mempertahankan bapanya.

Keadaan ini menyebabkan ibunya menganggap Ahmed sebagai remaja yang `mabuk’.

Ia menyebabkan Ahmed mengamuk lalu naik ke atas meja dan menendang ibunya. Dia bagaimanapun telah ditarik dengan segera oleh kakitangan produksi.

Pada akhir program berkenaan, pengacara . Zaven Kouyoumdjian memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan isu tersebut.

Namun program itu dikecam hebat dalam media sosial.

Anak Kurang Ajar Tendang Ibu Dalam Program TV

LUBNAN – Anak kurang ajar. Sanggup menendang ibu sendiri di hadapan penonton yang menyaksikan program yang disiarkan sebuah stesen televisyen yang bermatlamat menyatukan kedua-dua beranak itu.Kejadian mengejutkan itu berlaku apabila Ahmed, 15, ditemukan dengan ibunya yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa, dalam program Bil Akeed.Ahmed sebelum ini enggan bertemu dengan ibunya, yang telah bercerai dengan bapanya.Ketika pengacara cuba mencari jawapan kepada perpisahan berkenaan, wanita itu memberitahu bahawa dia bercerai dengan suaminya kerana lelaki itu kaki pukul.“Malah dalam mahkamah juga dia menyerang saya, di hadapan hakim,’’ kata wanita tersebut.Ahmed kemudiannya mula marah dan mempertahankan bapanya.Keadaan ini menyebabkan ibunya menganggap Ahmed sebagai remaja yang `mabuk’.Ia menyebabkan Ahmed mengamuk lalu naik ke atas meja dan menendang ibunya. Dia bagaimanapun telah ditarik dengan segera oleh kakitangan produksi.Pada akhir program berkenaan, pengacara . Zaven Kouyoumdjian memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan isu tersebut.Namun program itu dikecam hebat dalam media sosial.More : Ramadhan84By : Hijrah Artis <3 (y)

Posted by Ramadhan84 on Tuesday, 8 April 2014

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive