Ramai antara kita mengeluh apabila sakit gigi kan...macam2 penawar dan
petua yang kita akan cuba untuk legakan sakit gigi betul tak? Sakit gigi
ni dah macam satu malapetaka besar apabila ia menyerang, serba tak kena
kita dibuatnya, betul dok?
Saya
juga berpengalaman sakit gigi semenjak dua menjak ni. Maklumlah gigi
dah berusia lama ni, macam-macam kerenah lah mula datang. Dari rasa
nyilu kena air, tak kira sejuk atau panas, sampailah sakit mengunyah
terutama geraham. kekadang sakit berdenyut2 ye dok? Seksa weh...seksa
sungguh bila sakit gigi ni, mood pun ilang, mula rasa nak marah je, tul
dak?
Nyilu gigi kena air tu selalunya mesti ada masalah dgn bhgian saraf gigi....jumpa doktor gigi la ye..
Kumur
air garam udah, kunyah cengkih udah, ruqyah dibacakan untuk ilang sakit
pun udah juga, tapi idoknyer sembuh2 juga, makin lama makin sakit. Nak
jumpa doktor takut la pulak, bimbang di cabut je! Buat kata arwah ayah
saya, "nama nak ke doktor gigi idok ler komer...." bior ler tercabut
sendiri dari di cabut dek doktor katanya! "Jumpa doktor gigi? Langkah
mayat aku dulu!" Eh...memacamlah ayat yang keluar dari lidah yang tak
bertulang tu bila disuruh jumpa doktor gigi....macam nak jumpa malaikat
maut je gamaknya!
Itu
lah ceteknya ilmu kita ye, masih takut lagi nak jumpa orang yang pakar
dalam bidang penyakit. Kita lebih percaya bomoh, pawang, natural healing yang kekadang mustahil apabila penyakit tersebut sebenarnya memerlukan rawatan dari orang yang benar2 mahir dalam bidangnya.
Mari
kita berfikir sejenak, bila tak tahu, kita kena bertanya pada orang
yang pakar atau ahli dalam bidang tu kan? Itu salah satu pesanan Nabi
pada kita kan..."bertanyalah pada ahlinya" dalam bahasa arab pulak
bunyinya begini, "fas'alu ila ahli zikr" Jangan
nak memandai-mandai sendiri yer....buruk padahnya....elok lah kalau
sakit gigi berjumpa dengan doktor gigi...selesai masalah!
Tak
bermakna bila sakit gigi penyelesaiannya berakhir dengan cabutan. Itu
persepsi yang sangat salah. Doktor akan cadangkan kita buat sesuatu
untuk selamatkan gigi kita. Kalau berlubang dia akan tampal. Kalau ada
cebisan makanan yang menyebabkan gusi bengkak dan sakit dia akan rawat.
Kadang-kadang
sakit tu disebabkan gusi kita bernanah dan ada jangkitan kuman, dia
akan buang nanah tu dan tampal serpihan gigi dan berbagai lagi yang akan
dilakukan untuk menyelamatkan gigi kita. Lepas tu dia akan bekalkan
kita dengan ubat tahan sakit, antibiotik untuk matikan kuman dan ubat
bengkak. Haa...itulah ubat yang paling mujarab sebenarnya....bukan
tampal dengan cengkih la, apa la...x berkesan punya, saya dah buat
ye....x de makna nya!
Jumpa
doktor memang penyelesai masalah....tips paling bijaksana, tidak ada
jalan lain lagi...tak percaya cubalah....cengkih ker, apa ker....sume
tak jalan. Yang penting matikan kuman yang menyerang gigi dan gusi dan
hentikan ia dari terus merebak ke tempat lain atau ke gigi
bersebelahan...
Doktor
gigi la tips paling berkesan bila sakit gigi...larat ker nak hadap jer
denyut berdenyut tu kawan....denyut mendenyut tu selalunya nanah sedang
berkumpul dalam gusi...memang sakit, nanah perlu di keluarkan.
Kadangkala kita tak nampak sbb duduk dalam gusi, doktor gigi je yang
boleh keluarkan nanah tu. Kalau dibiar merebaklah ia ke sebelah pula...
Cengkih mengkih tu buat masak kicap jer sedap...tapi kalau sakit gigi nak makan pun tak de selera kan...hik..hik...
Banyak
jasa doktor gigi ni....saya pun dah mengalami peringkat demi peringkat
sakit gigi. Dah tak percaya lagi dgn penawar traditional tu, doktor
lebih baik dan lebih pakar dalam bidangnya. alhamdulilllah selepas
dirawat dan dirawat, gigi tetap utuh sempuna walau umur telah banyak.
Gosok gigi pun da tak berdarah lagi....gigi sihat, kuat dan tidak ada
masalah lagi untuk mengunyah makanan. Tidak ada lagi rasa gatal dan
sakit apabila makan daging seperti sebelum ni. Tak de lagi terlekat
makanan celah gigi.....aman....
Nak
jadi doktor gigi pun bukan alang-alang belajarnya, result SPM pun perlu
cemerlang beb...bukan boleh ambik sembarangan je. Diajar di Universiti,
bukan di pondok atau kolej2 murahan. Belanja juga banyak dan
profesional....jangan pandang sebelah mata profesyen doktor gigi ni,
banyak jasanya pada kita manusia ni....
Ilmu
yang paling bermanfaat untuk membantu orang lain sihat adalah ilmu
kedoktoran di samping ilmu-ilmu lain. Kalaulah kita tahu kelebihan ilmu
dan tugas doktor ni satu tugas yang paling mulia dan tinggi darjatnya
di sisi Allah, pasti semua nak jadi doktor ye dok? Tapi kena akur, tak
semua orang layak...Ia memerlukan kebijaksanaan dan keberanian dan
kemahiran yang tinggi...syabas dan tahniah pada para doktor yang
bertungkus lumus belajar dan bekerja demi untuk memastikan orang lain
sihat walafiat.
No comments:
Post a Comment