UtusanDaily

Friday 7 November 2014

Awas !! Pantau tekanan darah tinggi...

Alat untuk mengesan tekanan darah di rumah.
Alat untuk mengesan tekanan darah di rumah.

Hipertensi atau tekanan darah tinggi membunuh secara senyap, selalunya tanpa sebarang simptom.

Ia membebankan sistem kardiovaskular yang membawa kepada pembesaran kebuk jantung dan merosakkan salur darah yang membekalkan darah ke jantung.

Peningkatan tekanan di dalam salur darah menyebabkan pendarahan intrakranium dan boleh merosakkan organ-organ penting termasuk hati, ginjal, otak dan paru-paru.

Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama kematian di rantau Asia Tenggara dan meragut sehingga 1.5 juta nyawa setiap tahun.

Di Malaysia pula, 32 daripada rakyat negara ini yang berumur 18 tahun ke atas menghidap tekanan darah tinggi.

Risiko penyakit tersebut tidak sepatutnya menjadi begitu tinggi kerana ia boleh dielak.

Pencegahan dan kawalan adalah jauh lebih murah dan selamat berbanding rawatan seperti pembedahan pintasan kardium atau dialisis, yang mungkin diperlukan jika tekanan darah tinggi gagal dikesan dan dirawat awal.

Seperti penyakit tidak menular yang lain, kesedaran mampu membantu pengesanan awal, manakala pengawasan di rumah membantu memastikan pengambilan tetap ubat-ubatan, tabiat kesihatan yang baik dan kawalan penyakit yang lebih baik.

Sehubungan itu, Guardian, rangkaian kedai farmasi, kesihatan dan kecantikan, telah menyahut permintaan untuk alat pemantau tekanan darah berkualiti tinggi dan mampu milik untuk kegunaan di rumah bagi membantu pengawasan kawalan darah tinggi yang lebih baik.

Monitor Tekanan Darah Guardian ini dilengkapi paparan kristal cecair (LCD ) yang besar agar mudah dibaca termasuk oleh warga tua.

Ia menampilkan antara muka yang mesra pengguna dan menghilangkan kegusaran pemantauan di rumah. Julat kaf boleh larasnya menerima ukur lilit lengan daripada 22 sentimeter (sm) hingga 36 sm, untuk disesuaikan pelbagai saiz lengan, di samping memberikan bacaan tekanan darah yang selesa, boleh dipercayai dan tepat.

Ia juga dilengkapi penunjuk degupan jantung yang tidak teratur. Rekabentuk peranti ini menitikberatkan kesederhanaan, aspek praktikal dan fungsi menampilkan operasi mudah satu butang bagi memulakan dan menghentikan proses pengukuran dan paparan maklumat penting dalam pemantauan tekanan darah iaitu tekanan sistolik dan diastolik, kadar denyutan nadi dan tarikh serta waktu bacaan.

Ia menggunakan Klasifikasi Tekanan Darah WHO yang memudahkan pemantauan di rumah – optimal ke normal dalam julat hijau, hipertensi ringan ke sederhana dalam julat jingga dan hipertensi teruk dalam julat merah.

Pengarah Jenama Korporat bagi Kesihatan dan Kecantikan dThe Dairy Farm Company, Limited, Segolene Defline, pihaknya memang menggalakkan amalan pemantauan sendiri bagi mengawal tekanan darah tinggi.

“Kami juga berhasrat mendidik dan membantu mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan mereka yang berisiko.

“Kami menyediakan alat bantuan yang berguna bagi memantau, mengawal dan memahami tekanan darah dan melengkapi rawatan yang disediakan oleh pusat rawatan.

“Pemantauan dan kawalan hipertensi di rumah dengan sokongan pusat jagaan kesihatan adalah penting untuk hasil yang lebih baik, dan membentuk gambaran lebih tepat tentang kesihatan keseluruhan seseorang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive