UtusanDaily

Saturday 19 April 2014

Polimek Hudud - Hukuman didik pesalah, bela pihak dizalimi

Nadzim Johan
Nadzim Johan

SHAH ALAM - Hukuman hudud bukan bertujuan untuk menghukum, sebaliknya untuk mendidik pesalah, membela yang dizalimi dan memberi pengajaran kepada masyarakat, kata Pengerusi Majlis Ulama ISMA, Prof Madya Dr Aznan Hasan.

"Masyarakat perlu memahami konsep pelaksanaan hudud. Dalam hukum hudud, tertuduh dibenarkan membela diri dengan alasan dan hujah tertentu.

"Contohnya mungkin tertuduh jahil, mungkin dia keliru, mungkin dia melakukan kesalahan kerana keadaan darurat dan banyak lagi," katanya, semalam

Menurutnya, hukuman hudud tidak dijatuhkan secara terburu-buru, sebaliknya melibatkan banyak proses bagi membuktikan tertuduh bersalah dan jika tiada asas kukuh, hukuman hudud tidak akan dilaksanakan.

"Jadi tidak timbul hukum hudud ini dikatakan sebagai satu bentuk hukuman kepada pesalah.       

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, hudud bukan bermotifkan menghukum pesalah sebaliknya menjauhkan manusia melakukan sesuatu jenayah.

Menurutnya, hukuman hudud perlu dilaksanakan memandangkan masyarakat kini semakin diancam pelbagai cabaran berikutan tidak melaksanakan hukum Islam dan hanya berlandaskan kepada undang-undang manusia.

"Saya amat mengharapkan agar semua orang Islam menyokong dan perlu duduk semeja menentukan apa yang dilaksanakan itu mengikut syariat Islam yg sebenar.

"Hukum hudud ini adalah untuk kebaikan masa panjang kerana banyak hikmah yang bakal diperoleh dengan pelaksanaan hudud.

Katanya lagi, masyarakat perlu perlu bersama-sama memperjuangkan pelaksanaan hukuman hudud sebagai semangat mengagungkan Islam sebagai agama persekutuan selain memperoleh keberkatan melalui pelaksanaan undang-undang Islam.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive