UtusanDaily

Friday 7 March 2014

Isu minta maaf: Hanez Suraya respon kenyataan Liyana

Liyana Hanez“Saya dah jelaskan semuanya sewaktu di sidang media kelmarin. Saya bersyukur dan lega kerana sudah menerangkan segalanya. Tentang kenyataan pihak di sebelah sana yang tidak mahu minta maaf kepada saya, tidak mengapalah.

“Saya pun meminta secara baik atas nasihat peguam saya. Terpulanglah pada beliau. Dan saya tidak akan ambil apa-apa tindakan. Tetapi sekiranya beliau mahu berbincang secara baik dan profesional, saya sedia berdepan dengan beliau”,itu kata pelakon Hanez Suraya ketika di minta mengulas mengenai kenyataan Nurliyana Manan (Liyana) iaitu isteri kepada kekasihnya, Romie Razizan Adilha aka Mr. R.

Pelakon ‘Autumn in My Heart’ ini ditemui pada sidang media ‘Teater Projek Kahwin’, bertempat di Dewan N’Dah Shah Alam, semalam.

Menerusi akhbar Berita Harian semalam melaporkan Liyana bertegas tidak mahu memohon maaf secara terbuka atas tuduhan yang dilemparkan terhadap Hanez mendakwa aktres itu sebagai perampas suaminya. Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Tambah Hanez lagi, dia juga berharap isteri kekasihnya itu tidak menggunakan media untuk terus memburuk-burukkan dirinya.

“Apa yang penting saya dah jelaskan yang saya bukan penyebab kepada masalah rumah tangga mereka. Dari awal lagi saya tidak pernah masuk campur dan tidak mahu masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka. Biarlah mereka selesaikan sendiri. Cuma janganlah beliau gunakan media untuk aibkan orang”,tuturnya.

Dalam pada itu, mengenai komen-komen peminat yang agak melampau yang diterimanya, Hanez berkata dia telah memaafkan semua pihak yang menghina dan mencaci kerana tidak mahu isu ini terus berpanjang.

“Tentang penerimaan orang-orang di luar sana, terpulanglah pada mereka untuk menilai. Saya faham penerimaan mungkin lambat kerana ramai yang tidak tahu cerita sebenar.

“Di akaun Instagram saya ramai yang mengutuk, mencaci saya hingga ada yang melemparkan kata-kata yang melampau. Kawan-kawan saya ada yang minta saya delete komen-komen tersebut kerana mereka sendiri tidak sanggup membacanya. Tapi saya tidak delete.

“Walapun komen-komen itu banyak negatif, saya biarkan saja. Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Saya sedih kerana orang terlalu cepat menghukum. Tapi saya yakin lama-kelamaan orang akan berhenti bercakap”, katanya.

Perkembangan lain, Hanez buat pertama kalinya akan menjayakan pementasan teater Projek Kahwin. Memengang watak sebagai Nisa, Hanez bakal bergandingan dengan Izzue Islam sebagai Rizal.

“Sebelum ini penerbit pernah menawarkan saya untuk berlakon teater ‘Maduku Kalut’ tetapi saya tolak keranapada waktu itu saya tidak yakin dapat melakukannya. Namun semangat dan dorongan daripada produksi dan rakan-rakan membuatkan saya ingin mencuba apabila sekali lagi ditawarkan untuk berlakon teater,” jelasnya.

‘Teater Projek Kahwin’ akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 6 hingga 14 Jun. Karya arahan Muhammad Azri Ali ni turut dijayakan oleh barisan pelakon yang juga tidak kurang hebatnya, Sherry Alhadad, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf dan Zulin Aziz, lapor Malaysian Digest.

1 comment:

  1. Semoga semuanya settle segera dan yang berhak mendapat haknya.

    ReplyDelete

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive