berbogel kerana kemenangan Sepahtu
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Aku memang tak pernah ada Astro di rumah.
Tapi kalau ada rancangan atau program tv yang seronok mesti aku nak tengok.
Yup! Berbekalkan broadband dan laptop aku cuma melihat semua itu di
skrin dengan penuh kesabaran kerana almaklumlah duduk kampung guna
broadband pulak tu kalau dapat tengok You Tube memang syukur
teramatlahkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana aku minat JDT padahal bukan orang Johor pun . Aku
minat pasukan tersebut pun kerana adanya pemain bekas Selangor yang
hebat macam Safiq Rahim, Safee Sali, Amri Yahya, Mahali Jasuli,
Amirulhadi ... yang lain aku lupa kalau ada lagi hehe.
Nasib baik ada TV Haram bagi aku tengok Astro Arena hahaha.
Tidak mengapa wahai Biskuat walaupun tumpas 3-2 kepada Fumakilla tapi
aku tabik kepada semua pemain kerana telah menyajikan permainan yang
baik. Cuma terkilan dengan penyokong ada pulak kes baling batu bagai.
Abaikan. Yang penting bagi aku semua pemain Malaysia kena tunjukkan
prestasi yang baik demi mutu permainan negara. Teringin juga tengok
Malaysia masuk Piala Dunia seiring dengan liga kita yang semakin
bertambah rancak dan baik.
Seterusnya, pada hari yang sama juga ada MLM!
Bukan produk MLM tu tapi final MAHARAJALAWAKMEGA2013!!!!!!! *stail Ac Mizal hahaha.
Mula-mula aku memang tak tahu mana nak dapat link untuk tengok tapi
lepas cari punya cari punya tanya nah aku jumpa live streaming di Buasir Otak dan GuaTv.
Syoklah aku dapat tengok tapi lama-lama .........arghhhh......... internet selembap siput sedut.
Yup! Macam biasalah hari sabtu atau ahad atau hari mendatang bila internet pantas semula baru aku tengok.
Nasib baik ada Burung Biru yang menyampaikan pelbagai informasi.
Tahniah Sepahtu!
Tak lupa juga walaupun aku belum tengok lagi saat aku menulis entri ini
tapi aku tahu pastinya setiap peserta sudah melakukan yang terbaik. Yang
penting memang aku tabik dengan Bocey sebab dapat MOM.
Daripada garismasa aka timeline twitter aku dapat pastikan bahawasanya
memang ramai yang nak Bocey naik. Aku pun sama hahaha. Ada yang cerita
ini konspirasi Astro bagai yang utama aku, kamu, kita enjoy siti nurenjoi hahaha.
Baiklah, panjang betul aku bebel.
Pada suatu hari, adalah mamat bangang abadi ini :
biasalah memang ada orang macam inikan. Aku memang membakarlahkan.
Tiba saatnya, Sepahtu menang dan...
kau rasa apa?
Nah ini apa yang orang cakap bukan aku:
Hurmmm....
"Biar tak lawak asal jangan biadap", begitulah kata Jep Sepahtu.
Pendapat anda?
No comments:
Post a Comment